Banyak Kerosakkan Pada Autogate lama
早上好!作为Tronica® 总代理,弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务。如果您有任何电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!
Ada seorang customer dari Teluk Panglima Garang yang dah lama guna sistem swing autogate di rumah dia, lebih kurang dalam 10 tahun juga. Autogate tu memang banyak berjasa setiap hari buka tutup pagar, hujan panas pun tetap berfungsi. Tapi sejak sebulan lepas, autogate tu mula buat hal. Kadang-kadang buka separuh je, kadang langsung tak gerak. Akhirnya terus rosak dan tak boleh digunakan langsung. Customer pun dah rasa susah sebab dah biasa dengan autogate, jadi dia pun hubungi kami untuk tengok apa masalah sebenar.
Masa mula-mula dia call, customer cakap dia rasa mungkin ada masalah dengan sebelah arm autogate dan juga autogate remote control sebab bila tekan pun tak respon. Kami pun minta dia hantar gambar keadaan autogate tu untuk kami semak dulu sebelum datang. Bila tengok gambar yang dia bagi, kami terus nampak beberapa tanda autogate tu memang dah lama dan banyak haus. Dalam autogate control box pun nampak wayar dan board lama, ada kesan karat dan habuk yang tebal. Memang nampak tanda-tanda sistem tu dah sampai hujung usia.
Bila kami tengok lebih dekat lagi pada arm autogate tu, jelas memang dah banyak karat, terutama di bahagian besi dan joint. Karat tu boleh menyebabkan motor jadi berat dan cepat rosak. Kalau nak repair pun, risiko dia tinggi sebab mungkin baru guna sebulan dua, rosak balik. Jadi kami terus bagi cadangan kepada customer supaya ganti sistem baru, sebab nak repair pun kosnya hampir sama dan tak tahan lama.

Lebih Berbaloi Pasang Tronica® Arm Autogate System Baru
Kami pun syorkan satu model baru yang lebih tahan lasak iaitu Tronica 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Model ni memang sesuai untuk rumah yang dah lama guna autogate lama dan nak upgrade kepada sistem yang lebih moden dan tahan karat. Bahagian arm dia diperbuat daripada stainless steel, jadi tak risau lagi pasal karat walaupun kena hujan setiap hari. Control box dia pun lebih kemas dan dilengkapi dengan teknologi yang lebih stabil.
Customer pun setuju dengan cadangan tu sebab dia pun fikir memang tak berbaloi nak repair benda lama. Lagipun dia nak guna untuk jangka masa panjang. Jadi kami pun aturkan jadual untuk pemasangan baru. Bila siap pasang Tronica 828 ni, customer terus puas hati sebab sistem baru ni senyap, smooth, dan nampak lebih moden. Sekarang setiap kali autogate tu buka dan tutup, customer rasa lega sebab tak perlu risau dah nak tolak pagar manual setiap hari.

Pasang Dan Baiki Autogate Terbaik Untuk Anda
Sekiranya anda tengah cari servis repair autogate atau nak pasang autogate baru dengan cepat, boleh terus hubungi kami sekarang. Juruteknik kami memang berpengalaman dan cekap tak ambil masa lama pun untuk selesaikan masalah autogate anda. Untuk pemasangan baru pula, kami hanya guna cara dan teknik pasang autogate yang betul serta kemas. Kami sangat syorkan model Tronica® 929 Arm Autogate System dan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, dua model terbaik tahun 2025 dengan promosi menarik termasuk pemasangan sekali.
Hubungi kami bila-bila masa untuk keperluan autogate anda. Kalau anda nak pasang sistem baru, kami akan terangkan semua perkara penting dari jenis dan jenama autogate yang kami guna, kelebihan setiap model, harga autogate termasuk pemasangan, cara ia berfungsi, komponen yang digunakan, hingga tempoh warranty autogate. Pendek kata, anda akan faham keseluruhan sistem sebelum pasang, jadi memang puas hati dan yakin dengan hasil kerja kami.

Penyelesaian Pelbagai Jenama Autogate
Kami di sini untuk menjadikan pengalaman autogate anda sebaik dan sebolehnya boleh dipercayai. Tanpa mengira jenama sistem autogate swing anda, sama ada ia Tronica, KRON, Dnor 212, Dnor 712, OAE 333 autogate, FBM Autogate, Jit-Arm, DCMoto Autogate, Jackpro Autoagte, E8 Autogate, E8 Autogate, RDS Autogate, Celmar, Valet, Mag, FAAC Auto Gate, Beninca Autogate, DEA Autogate, atau yang lain, kepakaran kami merangkumi kedua-dua perkhidmatan pemasangan dan pembaikan autogate.
Kami boleh betulkan semua masalah autogate anda seperti pasang autogate baru dengan Tronica® Arm Autogate System, autogate tak boleh buka, folding arm autogare repair, baiki autogate motherboard, repair autogate remote, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak lagi.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.




