Autogate Kinrara – Ramai Hadapi Masalah Autogate Legate

Dnor 212 Autogate Services Ampang
Autogate Motherboard Yang Baru Ditukar Rosak Lagi
September 26, 2025
Sliding Autogate Motor Gombak
Autogate Gombak – Dapatkan Sliding Autogate Motor Yang Lebih Bagus
September 30, 2025

Autogate Kinrara – Ramai Hadapi Masalah Autogate Legate

September 29, 2025

Tukar Legate ke Tronica®-828HD Jadi Pilihan Ramai

早上好!弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务,为您开启美好的一天!无论是解决电动门故障,还是安装全新的Tronica®自动门系统,欢迎随时联系我们,我们随时为您提供专业服务!

Ramai customer kami sekarang ni mula hadapi masalah dengan sistem autogate Legate, macam yang berlaku baru-baru ni dengan seorang customer dari BK8 Bandar Kinrara Puchong. Dia hubungi kami sebab satu bahagian motor Legate system dia dah tak berfungsi langsung. Masalah ni katanya dah berlaku seminggu dan sepanjang tempoh tu dia cuba juga hubungi syarikat asal Legate, tapi tak ada respon. Bila tanya lebih lanjut, rupa-rupanya dah bertahun-tahun dia tak buat sebarang servis atau maintenance untuk autogate legate system tu. Mungkin sebab tu lah sistem tu mula rosak sikit-sikit dan akhirnya terus tak boleh pakai.

Kami perasan masalah macam ni bukan berlaku kat dia je, tapi ramai juga customer lain yang ada sistem Legate alami benda sama. Bila dah rosak, mereka pun buntu sebab nak cari spare part pun susah, syarikat asal pun susah nak contact. Bila jadi macam ni, kami akan cadangkan untuk tukar terus kepada sistem autogate baru yang lebih mudah dijaga dan tahan lama. Antara sistem yang kami selalu pasang untuk ganti Legate ialah Tronica®-828HD Stainless Steel Arm Autogate System. Sistem ni memang banyak customer dah guna dan puas hati sebab senang nak maintain, kuat, dan sesuai untuk cuaca kat Malaysia.

Legate Autogate Services Bandar Kinrara
Legate Autogate Services Bandar Kinrara

Pasang Tronica®-828HD Stainless Steel Arm Autogate System

Customer dari Bandar Kinrara tadi pun akhirnya pilih untuk tukar kepada Tronica®-828HD ni lepas dia sendiri dah tak larat nak buka tutup pagar manual setiap hari. Katanya dia penat dah nak tunggu syarikat Legate bagi respon yang entah bila nak sampai. Bila kami explain kelebihan sistem baru ni, terus dia setuju dan kami pun teruskan proses pemasangan untuk dia. Sekarang dia dah boleh guna autogate dengan lancar dan tak perlu risau lagi pasal motor rosak sebelah macam dulu.

Pengalaman kami tunjukkan yang sistem Legate ni sebenarnya boleh tahan, tapi dengan syarat kena buat servis berkala. Kalau biar je tanpa maintenance, lambat-laun memang akan jadi masalah. Tapi realitinya ramai pengguna tak tahu, akhirnya sistem terus rosak. Bila dah sampai tahap tu, nak cari alat ganti pun susah sebab Legate punya spare part dah makin tak ada kat pasaran. Jadi pilihan terbaik memang tukar terus ke sistem baru.

Kami faham, bukan semua orang nak tukar autogate baru sebab kos, tapi bila fikir jangka masa panjang, ianya lebih berbaloi. Sistem macam Tronica®-828HD ni tak perlukan banyak maintenance pun, tapi still tahan lama dan boleh berfungsi dengan baik bertahun-tahun. Jadi kalau korang pun alami masalah yang sama dengan sistem Legate, boleh je terus hubungi kami. Kami sedia bantu cari penyelesaian terbaik dan pastikan korang tak perlu lagi buka pagar secara manual setiap hari!

Install Legate Tronica Puchong
Install Legate Tronica Puchong

Dapatkan Tronica® Arm Autogate System

Anda juga memerlukan legate system solution? Sam Autogate ada penyelesaian terbaik untuk sistem legate anda. Dari pengalaman kami, legate autogate ini kalau nak tahan lama perlukan legate autogate service maintenance, kalau tidak ia cepat rosak. Setiap kali legate system maintenance dilakukan dibukannya percuma, setiap tahun boleh mencecah beratus ringgit. Pada kami memang tak berbaloi, banyak lagi sistem autogate yang boleh tahan lama tanpa maintenance salah satunya Tronica® Heavy Duty Arm Autogate System.

Tronica® menawarkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain, dan kebolehpercayaannya tidak tertandingi. Maintenance bagi Tronica® autogate mudah dan kron autogate spare parts sentiasa tersedia. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk Tronica® autogate components yang lain seperti autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri autogate, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia dan diyakini dengan berkualiti premium.

Kami Boleh Baiki Banyak Autogate Lain

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post