Ini Berpunca Dari Gate Bearing Bermasalah
Sekiranya anda perasan pintu pagar swing autogate rumah anda dah tak sama tinggi contohnya sebelah nampak senget atau lebih tinggi dari sebelah satu lagi, ianya tidak sama level itu tanda paling jelas bearing gate anda dah ada masalah. Atau pintu pagar anda tak boleh tutup sepenuhnya, tak boleh tutup dengan baik, ada sedikit gap . Ini memang perkara biasa berlaku bila bearing pagar dah longgar, tercabut atau dah rosak sebab dah lama sangat digunakan. Kalau tak baiki awal, pintu pagar tu boleh jatuh terus dan bukan saja merosakkan autogate, tapi juga membahayakan anda dan orang sekeliling. Jadi bila nampak tanda-tanda ni, cepat-cepatlah panggil pakar untuk periksa.
Kerja untuk tukar gate bearing ni bukan kerja ringan. Nak buka pagar besar dan berat memang perlukan tenaga kerja cukup dan pengalaman. Prosesnya kena cabut bearing lama yang dah longgar atau rosak, kemudian pasang bearing baru yang sesuai ikut saiz dan berat pagar. Kalau salah pasang atau guna bearing yang tak berkualiti, bukan saja tak tahan lama, malah akan buat masalah tu datang balik. Sebab tu penting pilih team yang memang ada pengalaman dan alat lengkap untuk buat kerja ni dengan kemas dan selamat.
Kami di Sam Autogate memang dah biasa uruskan kes macam ni hampir setiap hari, dari rumah teres sampai ke banglo besar. Kami bawa semua peralatan dan bearing baru siap dalam van servis kami, jadi selalunya boleh terus buat kerja ganti bearing hari yang sama. Paling penting, lepas selesai kerja, kami akan pastikan pagar anda buka tutup dengan lancar semula, tak senget, tak tersekat dan nampak elok balik. Kalau anda tak pasti sama ada masalah ni berlaku pada rumah anda atau tidak, boleh terus hubungi En Sam di 012 – 405 8791 untuk kami datang tengok dan beri nasihat.

Cara Menggantikan Auto Gate Bearing
Pada mulanya customer daripada Kelana Jaya sangkakan swing oae autogate motor yang bermasalah sebab pagar sebelah kiri tidak boleh tutup rapat dan sedikit jatuh, level jadi tidak sama. Jadi dia panggil auto gate installer Petaling Jaya untuk datang tengok, tetapi apabila diperiksa gate bearing yang bermasalah. Autogate installer tersebut tak boleh gantikan gate bearing sebab mereka tiada peralatan, kemahiran dan pengalaman, jadi minta panggil kontraktor autogate yang lain yang boleh lakukan gate bearing replacement. Dan customer menghubungi Sam Autogate.
Kami menggantikan 2 unit auto gate bearing untuk pagar sebelah kanan atas dan bawah. Keluarkan kedua-dua bearing autogate lama bermasalah dan welding/ pasang bearing gate baru. Sepanjang proses pintu pagar perlu dipegang, terdapat 2 technician yang pegang pagar dan seorang technician keluarkan dan pasang bearing gate tersebut. Kemudian kena pastikan level kedua-dua belah pagar adalah sama. Sekarang autogate swing oae customer berfungsi semula dengan baik dan boleh buka tutup dengan lancar.

Pakar Baiki Autogate – Autogate Motor, Roller And Bearing
Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru, kami sedia pasang pelbagai jenis sistem autogate seperti Tronica® swing, folding, dan sliding autogate. customer akan segera hubungi kami.
Kami menawarkan servis baiki autogate dikawasan perumahan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki/ tukar roda tayar autogate, replace gate bearing dan welding autogate, pasang Tronica® autogate baru, baiki autogate remote control, autogate autogate control board dan boleh juga kendalikan sliding autogate sama ada servis baiki sliding autogate atau pemasangan sliding autogate system.

We Offer Autogate Service For Many Brands
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.