Pemasangan Sliding Autogate: Gantikan Sliding Autogate Motor Lama

Repair Autogate Board Shah Alam
Autogate Tak Berfungsi – Autogate Motherboard Rosak
June 12, 2025
Autogate Tak Boleh Shah Alam
DNOR 自动门无法打开?Sam Autogate 当天修复主板问题
June 13, 2025

Pemasangan Sliding Autogate: Gantikan Sliding Autogate Motor Lama

June 13, 2025

Tronica® Sliding Autogate Salah Satu Jenama Autogate Terbaik

Setiap sistem autogate memang ada jangka hayatnya, sama macam barang elektrik lain. Kalau autogate kat rumah dah lama sangat, dah belasan tahun pakai dan mula tunjuk tanda-tanda rosak atau selalu bermasalah, mungkin dah tiba masa untuk tukar baru. Tak perlu tunggu sampai motor dah tak boleh jalan langsung atau pintu asyik sangkut saja. Kami sedia bantu anda untuk pilih sistem autogate yang sesuai, ikut keperluan dan bajet. Lagi best, kami juga boleh cadangkan model yang sesuai dan bagi harga autogate motor yang berpatutan, jadi anda tak perlu pening nak buat pilihan sendiri.

Kalau anda tengah cari sliding autogate motor, kami ada pelbagai pilihan – dari motor buatan Italy sampai ke motor tempatan, ikut kapasiti berat pintu. Untuk rumah biasa, kami selalu syorkan Tronica®-1500 Sliding Autogate System ataupun Tronica®-2000. Kedua-duanya pakai sistem motor AC dan ada oil bath gearbox yang bantu kurangkan haba semasa motor bekerja, jadi ia boleh tahan lama dan sesuai sangat untuk cuaca panas macam kat Malaysia. Tronica 1500 boleh tampung pintu berat sampai 1500kg, manakala Tronica 2000 boleh pergi sampai 2000kg – sesuai juga untuk kegunaan pagar industri.

Kami hanya supply autogate motor yang heavy duty dan berkualiti tinggi. Motor sliding autogate yang kami tawarkan bukan saja tahan lasak, tapi juga senang nak servis dan cari spare part bila-bila masa. Ini penting supaya anda tak perlu tukar motor baru setiap kali ada kerosakan kecil. Dengan guna motor jenis ini, anda boleh jimat kos jangka panjang dan tak perlu risau tentang ketahanan. Kalau anda perlukan pemasangan baru atau nak upgrade sistem lama, kami sedia bantu dari cadangan model, pemasangan, sampai servis lepas jualan.

Pasang Sliding Autogate Batu Caves
Pasang Sliding Autogate Batu Caves

Dari G-Force Autogate Lama Ke Tronica®-1500 Sliding Autogate System

Seperti customer dari Batu Caves dimana tiba-tibalah masanya customer ini menggantikan gforce sliding autogate nya yang sudah lama dan rosak. Anda boleh sendiri keadaan gforce sliding autogate motor tersebut, sudah terlalu lama dan ini merupakan first batch gforce ac sliding auto gate motor yang kami pasang untuk customer 15 tahun yang lalu dan dalam tempoh itu, hanya sekali sahaja kami datang untuk menggantikan gforce sliding autogate panel iaitu F5 ac sliding control board yang terbakar disebabkan kilat. Customer sendiri sudah tahu keadaan gforce autogate lamanya dan minta kami untuk pemasangan sliding autogate motor baharu menggunakan jenama autogate terbaik untuk tahun 2025 iaitu Tronica®-1500 Sliding Autogate System.

Hari ini kami pasang Tronica®-1500 Sliding Autogate System untuknya dan customer sangat berpuas hati seperti pemasangan autogate sliding yang kami lakukan sebelum ini.

Tukar Sliding Autogate Motor Lama Batu Caves
Tukar Sliding Autogate Motor Lama Batu Caves

Syarikat Autogate Terbaik Bersama Sistem Autogate Yang Bagus

Macam-mana kami kekalkan syarikat kami sejak dari 1996. Dari hari ke bulan ke tahun kami sentiasa meningkatkan kemahiran kami untuk auto gate arm installation, auto gate sliding system installation dan auto gate motor repair. Kami menyimpan stok autogate spare parts untuk famous auto gate brands Malaysia. Kami juga memberikan auto gate after sales support, auto gate warranty yang terbaik.

Kami gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Tidak kira jenama auto gates sliding system yang anda gunakan seperti G-force, KRON, Tronica® Autogate, FBM, Celmar, FAAC Auto Gate, FAAC Autogate, DEA Autogate sama ada untuk pemasangan dan baiki, kami boleh lakukannya dengan cemerlang.

Kami Juga Boleh Baiki Swing Autogate Arm Brands

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda seperti autogate tak boleh buka, autogate pelahan, autogate board rosak, autogate roller jump off track banyak lagi, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate dan banyak lagi jenama autogate arm, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

May 7, 2025

Sistem Autogate Tahan Lama – Tronica® Stainless Steel Arm Autogate

Produk Autogate Berkualiti Tinggi 早上好!作为Tronica® 总代理,弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务。如果您有任何电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Sistem autogate juga ada jangka hayatnya, jika ianya sudah lama digunakan dan rosak, itu perkara biasa. Bolehlah berhenti membaikinya dan […]
May 3, 2025

Sliding Autogate Untuk Rumah – Tronica® AC Sliding Autogate

Sliding Autogate Untuk Rumah – Tronica® AC Sliding Autogate 早上好!今天我们在Sepang完成了全新的Tronica® 1500 Sliding自动门安装,同时还有多位客户需要我们的自动门维修服务。我们随时准备为您提供专业的电动门安装与维修服务! Sekiranya sliding autogate terlalu lama anda selalu bermasalah daripada terus membaiki autogate yang tanpa […]