Pemasang Autogate Asal Gforce Tidak Mahu Datang
早上好!今天我们到Kajang安装全新的Tronica® 929自动门,同时还有三位客户需要我们的Gforce自动门维修服务。我们也提供自动门轮子修理、轨道维修、遥控器调试以及自动门主板维修等专业服务。随时欢迎联系我们,为您提供优质的服务!
Memang semakin banyak kes yang dilaporkan di mana original autogate installer menghilangkan diri selepas melakukan pemasangan, terutamanya apabila autogate tersebut mengalami masalah teknikal dalam tempoh yang sangat singkat, seperti seminggu atau sebulan selepas dipasang. Keadaan ini amat mengecewakan bagi pemilik rumah yang telah melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan kemudahan dan keselamatan tambahan melalui sistem autogate. Lebih menyedihkan apabila autogate tersebut masih dalam tempoh warranty, tetapi mereka tidak dapat membuat tuntutan kerana pihak pemasang tidak lagi dapat dihubungi. Sikap tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menyusahkan pengguna, tetapi juga menjejaskan kepercayaan terhadap penyedia perkhidmatan autogate secara amnya.
Ramai customer yang menghubungi kami berkongsi pengalaman yang hampir sama—autogate baru dipasang tetapi sudah menunjukkan kerosakan seperti pintu tidak dapat dibuka, sistem motor tidak berfungsi, atau alat kawalan jauh tidak memberi sebarang tindak balas. Mereka mencari jalan penyelesaian kerana tidak tahu ke mana lagi harus dituju setelah gagal menghubungi pemasang asal. Kami amat memahami kekecewaan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka diberitahu bahawa kerosakan tersebut mungkin berpunca daripada pemasangan yang tidak mengikut spesifikasi atau penggunaan komponen berkualiti rendah. Oleh itu, kami sentiasa berusaha memberi sokongan terbaik, termasuk pemeriksaan semula sistem, pembaikan profesional, serta menyediakan khidmat nasihat supaya pelanggan tidak berasa ditinggalkan setelah membuat pelaburan dalam sistem autogate mereka.

Pemasangan Gforce Sliding Autogate Tidak Dilakukan Dengan Betul
Kami bercakap berdasarkan perkara yang kami lalui setiap hari dan salah satunya customer Kajang yang baru sahaja lakukan pemasangan Gforce SL1000 AC Sliding Autogate Motor dan anda boleh tengok sendiri, masih baru kan. Dari apa yang customer beritahu selepas selesai pemasangan gforce ac sliding autogate motor dan cuba buka tutup, customer dapati sliding autogate motor bergegar dan tanya pada autogate installer tersebut, mereka kata normal sebab sliding auto gate. Setelah beberapa hari digunakan, gforce sliding autogate motor tidak berfungsi baik, berhenti separuh jalan. Ada bahagian gforce sliding autogate pinion gear tidak touch dengan gear rack. Kemudian customer hubungi mereka semula tetapi tak angkat. Hari ini hari ke 5 customer cuba hubungi mereka tetapi tiada apa-apa respon.
Sekarang customer perlu cari penyelesaian sendiri dengan mencari reliable autogate services daripada top autogate company Selangor. Customer dapat contact kami dari tempat dia bekerja, dimana kami yang kendalikan autogate di Kilangnya. Kami datang lakukan pemeriksaan, masalah berpunca daripada pemasangan gforce sliding autogate motor yang tidak betul, tapak autogate motor yang tidak kuat, screw tapak itu sudah loose. Apa yang kami lakukan, adjust semula autogate gear rack dan buat tapak gforce sliding autogate motor menjadi kuat supaya motor tidak bergegar semasa bergerak. Sekarang barulah Gforce sliding autogate motor bergerak dengan sangat lancar berbanding sebelum ini.
Satu lagi masalah, remote autogate gforce ini kena pergi dekat dengan motor baru boleh buka, setelah kami periksa G-force sliding autogate receiver problem, jadi kami gantikan 433mhz autogate remote receiver dan 433mhz autogate remote control. Kemungkinan besar, installer sebelum ini guna autogate remote receiver part lama. Sekarang barulah customer boleh buka pagar autogate dari jarak jauh.

Kami Banyak Bantu Pelanggan Yang Ada Masalah Dengan Pemasang Autogate Mereka
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka memberikan after sales support yang boleh segera membantu.
Servis autogate yang baik, customer akan recommend kepada kenalan mereka. Sebab itu Sam Autogate masih dikenali dari dulu sehinggalah sekarang.
Sam Autogate Memberikan Penyelesaian Pelbagai Jenama Autogate
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.