Kali Kedua Servis Dnor Autogate Kami Diperlukan
Kami memahami bahawa masalah dengan dnor autogate boleh berlaku pada bila-bila masa, dan ini mungkin menyebabkan ketidakselesaan kepada pemilik. Kebanyakan kes yang kami terima adalah daripada customer yang menghadapi masalah dengan installer asal yang tidak dapat dihubungi atau tidak mahu memberikan bantuan. Situasi seperti ini memang boleh menimbulkan rasa panik, tetapi kami di Sam Autogate sentiasa bersedia untuk membantu anda. Kami adalah pakar dalam pembaikan autogate, dan pengalaman serta kepakaran kami membolehkan kami menyelesaikan pelbagai masalah autogate dengan cekap dan pantas. Kami faham bahawa autogate adalah sistem yang penting untuk keselamatan dan keselesaan, oleh itu kami akan memastikan ia kembali berfungsi seperti sedia kala secepat mungkin.
Dalam banyak kes, masalah yang dihadapi sering berkaitan dengan kerosakan pada komponen autogate seperti motor, arm autogate, remote autogate atau autogate board. Kami di Sam Autogate mempunyai spare parts autogate yang lengkap dan berkualiti tinggi, jadi jika terdapat bahagian autogate yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik, kami boleh menggantikannya dengan segera. Dengan perkhidmatan yang pantas dan efektif, kami dapat mengenal pasti punca masalah dengan cepat, serta memberikan penyelesaian yang tepat untuk memastikan autogate anda kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu menunggu terlalu lama. Kami juga memberi perhatian yang teliti terhadap setiap aspek sistem autogate, memastikan setiap komponen berfungsi dengan sempurna selepas pembaikan.
Kami amat mengutamakan kepuasan customer, oleh itu kami memastikan perkhidmatan yang kami tawarkan adalah tepat pada masanya dan profesional. Kami komited untuk memastikan masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan cepat dan tanpa kerumitan. Jadi, jika anda menghadapi masalah dengan autogate anda, jangan ragu untuk menghubungi Sam Autogate. Kami akan datang dengan segera dan pastikan autogate anda berfungsi seperti biasa dalam masa yang singkat.

2 Unit Dnor Arm Autogate Lama Digantikan KRON 929 Arm Autogate
Dalam tahun lepas kami pernah gantikan dnor autogate control board untuk customer di Puchog ini. Masa itu customer hubungi kami sebab kata customer original auto gate installer sudah tak buat autogate lagi, sudah lama tutup. Sekarang customer hubungi kami semula sebab dnor 712 arm autogate tidak berfungsi dimana yang dnor 712 autogate arm sudah agak lemah dan bergerak pun tidak laju, ada masanya ia berhenti berfungsi.
Hari ini kami datang untuk periksa arm autogate 712 tersebut dan dapati dnor autogate arm kanan sudah tidak berfungsi lagi dan yang sebelah kiri bergerak terlalu pelahan, customer berdiri di sebelah team kami sepanjang proses pemeriksaan dijalankan. Kami beri pilihan pada customer sama ada ingin mengenai model auto gate arm dnor 712 yang sama seperti yang digunakan atau ingin dapatkan latest autogate arm model iaitu KRON 929 Arm Autogate. Keputusan customer untuk dapatkan KRON 929 Arm Autogate untuk digantikan dengan kedua-dua dnor arm autogate lama.

Kami Tawarakan Servis Autogate Yang Cepat Dan Berkesan
Kami berbangga menjadi pusat pemasangan dan pembaikan autogate untuk semua jenama autogate utama. Team kami pakar dalam pasang autogate baru, baiki autogate remote control, autogate autogate control board, baiki roda autogate, ganti gate bearing dan werlding autogate. Tujuan kami adalah memastikan autogate anda berfungsi dengan baik. Pengalaman dan kemahiran teknikal yang kami miliki, kami menawarkan servis autogate yang terbaik yang pesaing kami tidak mampu tanding.
Untuk menggantikan arm autogate sekiranya anda menggunakan famous autogate brand seperti kron, fbm, dnor, oae, rds, e8 arm autogate atau beberapa model lain, kami ada spare parts untuk gantikan dengan jenama autogate sama, jika ada ingin tukar ke model lain juga tiada masalah, mungkin ada tidak berpuas hati dengan prestasi autogate arm sebelum ini, boleh sahaja dapatkan jenama arm autogate yang lebih bagus seperti KRON 929 Arm Autogate. Kes lain, sekiranya arm autogate yang ada gunakan tiada spare parts dipasaran, boleh guna jenama autogate lain, janji pastikan cara pemasangan dilakukan dengan betul.
Kami Juga Boleh Baiki Sliding Autogate
Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor. Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, DNOR, Mag, E8, Jackpro, Valet, Beninca, Celmer, Comex dan banyak lagi jenama autogate sliding, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan! Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp juga. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.