Folding Autogate Bergerak Pelahan Dari Biasa

Sliding Auto Gate Roller Repair PJ
Sliding Autogate Specialist In Petaling Jaya
November 19, 2024
Repair OAE Autogate Subang Jaya
OAE Autogate Tak Boleh Buka Selepas Hujan Di Subang Jaya
November 20, 2024

Folding Autogate Bergerak Pelahan Dari Biasa

November 19, 2024

Tolong Reset Autogate Anda Terlebih Dahulu

Adakah autogate anda membuka dan menutup dengan lebih perlahan daripada biasa? Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan bekalan kuasa elektrik untuk autogate, dan autogate beroperasi menggunakan bateri sandaran (backup battery), sebab itulah ia menjadi lebih perlahan. Masalah ini boleh berlaku akibat trip elektrik, masalah pada pendawaian autogate, atau masalah dengan transformer autogate yang mengakibatkan tiada bekalan kuasa elektrik yang mencukupi.

Apa yang perlu anda lakukan terlebih dahulu ialah memeriksa sama ada terdapat mana-mana suis di kotak elektrik atau kotak DB yang telah jatuh atau trip. Jika ada, cuba tutup suis utama di kotak elektrik selama kira-kira 15 minit untuk mereset sistem autogate tersebut.

Jika selepas itu autogate anda masih lagi bergerak perlahan, segera hubungi kami untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu sehingga bateri autogate anda benar-benar kong, kerana jika bateri sudah habis, autogate anda tidak akan dapat berfungsi dan ini akan menyukarkan anda untuk keluar masuk rumah.

Repair Autogate Slow In Hartamas KL
Repair Autogate Slow In Hartamas KL

Transformer Autogate Rosak, Autogate Jalan Guna Bateri

Kami telah dihubungi oleh seorang pelanggan dari Hartamas Kuala Lumpur yang menggunakan sistem autogate OAE 333A dan menghadapi masalah autogate yang bergerak perlahan sejak semalam. Kami telah menerangkan situasi tersebut kepada customer dan menyarankan agar mereka memeriksa kotak DB dan mereset autogate terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, autogate masih bergerak perlahan dan tiada sambungan kuasa elektrik yang mencukupi pada autogate tersebut. Setelah kami tiba untuk melakukan pemeriksaan, kami mendapati bahawa masalah sebenar terletak pada transformer autogate yang rosak. Transformer adalah komponen utama yang membekalkan kuasa elektrik ke sistem autogate. Apabila transformer rosak, bekalan elektrik tidak sampai ke sistem, menyebabkan autogate berfungsi dengan lebih perlahan kerana ia bergantung sepenuhnya pada bateri sandaran (backup battery).

Untuk menyelesaikan masalah ini, kami segera menggantikan transformer autogate dengan unit baru 12V9V0V9V12V. Selain itu, pelanggan juga meminta kami untuk menggantikan bateri autogate yang lama kerana ia sudah habis. Kami memasang bateri autogate baru yang berkualiti tinggi, iaitu GP Power, untuk memastikan sistem autogate berfungsi dengan lebih efisien dan lancar. Setelah penggantian transformer dan bateri dilakukan, autogate kini berfungsi seperti biasa dengan bekalan kuasa yang stabil dan kelancaran pergerakan yang lebih baik. Pelanggan berpuas hati kerana masalah mereka dapat diselesaikan dengan segera.

Repair Autogate Hartamas KL
Repair Autogate Hartamas KL

Servis Autogate Terbaik Selangor Dan Kuala Lumpur

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Hartamas an Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate tak boleh buka, baiki motherboard autogate, baiki autogate remote , folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak lagi.

Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan hubungi Sam di 012-405 8791. Kami bermasa team yang profesional serta mempunyai semua autogate spare parts untuk semua jenama autogate Malaysia iaitu KRON Autogate atau jenama autogate antarabangsa dapat menyelesaikan semua masalah autogate anda dengan mudah, cepat dan berkesan.

Related Post

October 6, 2025

Sliding Autogate Ampang – Apakah Tahap Kerosakan Gforce Sliding Autogate Motor Anda?

Apakah Tahap Kerosakan Gforce Sliding Autogate Motor Anda? 早上好!今天我们到Taman Melawati 安装全新的Tronica® 929自动门,同时还有三位客户需要我们的Gforce自动门维修服务。我们也提供自动门轮子修理、轨道维修、遥控器调试以及自动门主板维修等专业服务。随时欢迎联系我们,为您提供优质的服务! Anda ada masalah dengan sliding autogate yang tak nak bergerak atau tersekat? Jangan risau, […]
October 2, 2025

Denai Alam 自动门 – 修理自动门遥控器要多少钱?

高品质 433mhz 自动门遥控器套装更换,实惠又省钱的解决方案 您的自动门遥控器坏了吗?正在寻找一个可靠、耐用又实惠的替换方案?我们提供 433mhz 自动门遥控器套装,包含 1 个接收器和 3 个遥控器 – 非常适合家里需要多支遥控器的用户。 遥控器是自动门系统中非常重要的一部分。没有它,开关门就会变得很麻烦 – 尤其是当您在车里,或者下雨天。虽然您还可以用室内开关来控制,但如果家里没人,您可能就被困在门外了。所以,保持遥控器正常使用非常重要。 我们几乎每天都会接到客户的来电,反映遥控器突然失灵。原因各不相同:有时只是电池没电,有时是接收器故障、遥控器损坏,甚至是主板问题。别担心 – 我们的技术人员都会仔细检查,确认问题所在,再进行维修或更换。 电动门检查、诊断与更换遥控器套装 最近,来自 Denai Alam 的一位客户联系我们,他的 Dnor 212 自动门系统出现问题 […]