Baiki Autogate Pelahan Di Klang

Baiki Autogate Pelahan Di Klang

October 23, 2024

Servis Menggantikan Bateri Autogate

 

Bateri autogate adalah kuasa sandaran yang dibekalkan kepada autogate sekiranya bekalan kuasa elektrik utama tiada. Puncanya, jika elektrik terputus, autogate transformer rosak ataupun autogate wiring problem. Macam mana ingin kenalpasti sekiranya autogate berfungsi menggunakan autogate battery? Apabila elektrik terputus, dengan automatiknya autogate berfungsi menggunakan kuasa daripada backup bateri autogate. Sekiranya anda dapati autogate bergerak pelahan sedikit daripada biasa maknanya autogate sudah bertukar kepada kuasa bateri autogate.

Berapa lama autogate battery boleh bertahan sekiranya tiada elektrik? Tengok pada kualiti bateri autogate anda dan tengok juga pada penggunakan autogate, berapa kali anda buka dan tutup autogate tersebut. Autogate Battery yang berkualiti selalu boleh bertahan berhari-hari. Macam mana pula elektrik tiada dan autogate tak boleh buka. Itu mesti bateri autogate sudah kong, sudah habis ataupun autogate control panel bermasalah.

Sekiranya anda ingin lakukan pengantikan bateri autogate atau ingin beli bateri autogate. Kami mempunyai autogate battery yang berkualiti tinggi dengan menyimpan bateri stok yang banyak. Battery autogate menggunakan 12v7.0ah ataupun 12v7.2ah.

 

Tukar Bateri Autogate Klang

Tukar Bateri Autogate Klang

 

 

Bateri Autogate Kong Dan Transformer Rosak

 

Kami dihubungi customer daripada Klang untuk baiki oae swing autogate autogate tidak berfungsi. Customer beritahu, mula-mula autogate bergerak pelahan dan kemudian terus tidak boleh berfungsi. Kami ada tanya ada berlaku trip atau blackout tak dan customer beritahu, sebenarnya ada syarikat elektrik yang tukar tiang elektrik 3 hari lepas dan selepas itu elektrik jadi kejap ada kejap tak ada, satu baris rumah taman customer kena. Disebabkan itu, barang elektronik ada yang rosak seperti tv dan autogate juga rosak.

Jadi kami datang untuk lakukan troubleshooting dan dapati autogate transformer rosak dan autogatebateri sudah kong. Dengan persetujuan customer kami gantikan high quality autogate transformer 12v09v0v dan autogate bateri 12v7.0ah. Sekarang autogate customer berfungsi semula seperti biasa. Harap tiada lagi masalah elektrik dirumah customer.

Kami terima job tambahan, dimana beberapa jiran customer ada masalah bateri autogate kong, sepanjang tiada elektrik, autogate buka menggunakan battery sehinggalah autogate backup battery sudah habis. Jangan risau, kami ada autogate spare parts tersedia untuk membantu.

 

Replace Autogate Battery Klang

Replace Autogate Battery Klang

 

 

Spare Parts Autogate Baru Dan Original

 

Sekiranya tidak dapat menghubungi original autogate installer atau mereka tidak dapat membantu. Jangan risau, Sam Autogate sentiasa ada pada bila-bila masa yang anda perlukan servis autogate untuk lakukan pemeriksaan autogate dimana autogate tidak berfungsi, autogate pelahan, autogate trip dan sebagainya. Kami ada team yang profesional dan hanya menggunakan auto gate parts seperti autogate backup battery, autogate transformer, autogate control panel, autogate remote receiver dan autogate arms yang berkualiti tinggi dan original.

Hanya servis terbaik diberikan, yang pastikan mudah, cepat dan berkesan. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan.

 

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate

 

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

June 26, 2025

Factory Autogate Kajang – Repair DEA Gulliver Industrial Sliding Autogate Not Working

Repair DEA Gulliver Industrial Sliding Autogate Not Working Selamat pagi! Baru-baru ini kami dipanggil untuk servis sliding autogate jenis SLDEA1500 DEA Gulliver Industrial Sliding Autogate di […]
Repair Arm Autogate Bracket Bukit Jelutong
Welding Auto Gate Services
October 23, 2024
KRON Arm Autogate Gombak
E8 Arm Autogate Lama Telah Rosak
October 23, 2024