2 Unit OAE 333A Arm Autogate Tidak Berfungsi Di Petaling

Legate Autogate Installation PJ
Autogate PJ – Legate Autogate Services And Maintenance
February 15, 2025
Repair Autogate Arm Bukit Antarabangsa
Autogate Bukit Antarabangsa – Segera Tukar Roda Autogate Anda
February 19, 2025

2 Unit OAE 333A Arm Autogate Tidak Berfungsi Di Petaling

February 17, 2025

OAE Arm Autogate Perlu Digantikan

Jika anda mengalami masalah dengan arm autogate tidak berfungsi dengan baik, penggantian arm autogate yang lebih baik mungkin adalah penyelesaian terbaik untuk memastikan sistem pintu pagar automatik anda kembali beroperasi dengan lancar. Kami di Tronica® menawarkan model 929 arm autogate yang mempunyai kualiti dan ketahanan yang lebih baik. Arm autogate Tronica 929 ini diperbuat daripada aluminium die-cast, memberikan kelebihan dari segi kekuatan dan ketahanan terhadap cuaca, sekaligus menjadikan ia pilihan yang lebih tahan lama. Rekabentuk arm ini juga dilengkapi dengan petak berasingan untuk motor DC mini, gandingan, serta komponen penting seperti coupling dan shaft yang memberikan prestasi yang lebih stabil dan berkesan.

Selain itu, salah satu kelebihan menggunakan model arm autogate Tronica 929 adalah kemampuan untuk menggunakan semula komponen asal yang masih berfungsi dengan baik, seperti motherboard autogate, transformer autogate, dan remote autogate. Ini menjadikan proses penggantian arm lebih mudah dan menjimatkan kos, kerana anda tidak perlu menggantikan keseluruhan sistem, hanya perlu menggantikan arm autogate sahaja. Dengan hanya menggantikan 1 unit atau 2 unit arm autogate, kami dapat memastikan sistem pagar automatik anda berfungsi seperti baru semula tanpa perlu melibatkan perubahan besar dalam sistem sedia ada.

Kami mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan pembaikan arm autogate, terutamanya di kawasan Lembah Klang, di mana hampir setiap hari kami menerima permintaan untuk repair and replace autogate arm swing/ folding. Kami memahami kepentingan memastikan sistem autogate anda berfungsi dengan baik untuk keselamatan dan kemudahan rumah atau perniagaan anda. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk sebarang perkhidmatan atau pertanyaan mengenai penggantian arm autogate.

Swing OAE Arm Autogate PJ
Swing OAE Arm Autogate PJ

2 Unit Arm Autogate Digantikan Dengan Tronica®

Hari ini servis autogate kami di Seapark Petaling Jaya, dimana asalnya menggunakan arm autogate jenama lain iaitu OAE 333a swing arm autogate. Dari apa yang customer beritahu baru-baru ini both side arm autogate tersebut tidak berfungsi dengan baik, autogate pelahan dan akhirnya sebelah autogate arm tak berfungsi langsung, arm autogate stuck cannot open. Oleh kerana tidak dapat mencari original autogate installer, customer hubungi kami, jirannya yang syorkan. Customer hanya ingin menggantikan 2 unit oae arm autogate tersebut kerana beberapa bulan lepas baru sahaja menggantikan swing autogate control board dilakukan oleh satu kontraktor autogate PJ lain, cuma mereka tiada spare parts tersedia untuk swong autogate arm.

Kami datang lakukannya pemeriksaan, memang kedua-dua autogate arm tersebut sudah rosak, sebelah kiri arm tak berfungsi langsung dan sebelah lagi autogate arm pelahan sangat. Kami tunjuk pada customer dan beritahu arm autogate sama ada ingin menggunakan oae swing autogate sama ataau dapat jenama autogate baru Tronica® yang merupakan latest autogate design, rekaan yang cantik dan tahan lasak. Dengan bersetujuan customer, kami gantikan 2 unit Tronica 929 Arm Autogate untuknya.

Tukar Tronica Arm Autogate PJ
Tukar Tronica Arm Autogate PJ

Servis Baiki Autogate Recommended Di Lembah Klang

Mencari auto gate repairer Petaling Jaya? autogate arm repair service yang boleh baiki autogate anda on the spot? Sam Autogate anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, Tronica® 929 Autogate System kami ready stock.

Hubungi kami sekarang untuk baiki autogate anda autogate Selangor, autogate Kuala Lumpur, autogate Ampang, autogate Gombak, autogate Petaling Jaya, autogate Puchong, autogate Subang Jaya, autogate Shah Alam, auto gate kota kemuning, autogate Bangi, autogate Kajang dan seluruh Lembah Klang.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp juga.Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

June 9, 2026

蒲种安装 Tronica® 929 摆臂式自动门系统(紧急更换案例)

蒲种安装 Tronica® 929 摆臂式自动门系统(紧急更换案例) 最近,我们接到一位蒲种(Puchong)屋主的求助,他的 OAE 333A 摆臂式自动门突然无法运作,完全打不开。当时客户被困在屋外无法进入家中。小门已经用铁链和挂锁锁住,而钥匙又放在屋内。大门高度较高,也不适合攀爬,非常危险。为了避免受伤,客户只能小心尝试用力推门,希望能够勉强进入屋内。 之前曾出现同样问题(暂时恢复) 其实,这已经是客户第二次联系我们。第一次出现问题时,自动门同样无法开启。当时原本的安装商无法联系上,因此我们通过电话指导客户进行基本排查与重置操作,系统之后恢复正常。 但是这一次情况更严重,即使再次进行检查与重置,自动门仍然完全没有反应。因此我们建议客户先拆下摆臂,让大门可以手动安全开启,避免持续卡住。 现场检查发现主要故障 第二天早上,我们技术团队到现场进行详细检查。 检查后发现两个主要问题: 为什么推荐 Tronica® 929 自动门系统? Tronica® 929 是马来西亚常用的现代摆臂式自动门系统之一,适合住宅使用。它运行稳定,适合日常频繁开关,也适用于单门或双门设计。相比旧系统,它的稳定性更高,维修率更低,是许多家庭升级自动门的首选方案。 现货更换|可当天安装 由于我们备有现货系统,因此可以提供当天更换服务。 本次安装所使用的配件包括: 因此能够在短时间内完成更换,让客户恢复正常使用。 蒲种 […]